Orang Yang Tidak Bermaruah


Orang yang tidak bermaruah sifat malunya musnah

Dia akan membuat apa sahaja untuk hidup jalan mudah

Mengampu, menjilat, menghina diri perbuatan yang lumrah

Menghina orang, mentohmah, memfitnah, mengadu domba perkara biasa

Orang yang hilang malu, membuat kerja yang memalukan, sudah tidak terasa malu

Padahal orang ramai merasa jijik dan menjijikkan

Dia boleh ulang-alik, turun naik menemui orang yang hendak dilobi

Untuk tujuan kepentingan peribadi, yang belum pasti menguntungkan

Adakalanya orang yang dilobi dan diampu amat bencinya

Tapi dia juga ada keuntungan peribadi, kebenciannya disembunyikannya

Apabila dia tidak ada kepentingan peribadi, si pengampu ditendangnya

Di waktu itu orang yang hilang maruah itu terumbang-ambing

Macam sampah kehanyutan

Ada orang walaupun terpelajar tidak pandai hidup sendiri

Paling pandai dia boleh hidup makan gaji dengan kerajaan

Apabila jawatan terlucut, dia hidup tercengang-cengang

Macam orang yang tersesat di tengah padang pasir kehilangan haluan

Orang yang tidak bermaruah itu, tidak senang dengan orang yang hidup senang

Makin orang senang, jiwa mereka makin tidak tenang dan suka meradang-radang

Apabila seorang muka muram, hilang seri, macam kera sumbang

Sambil berfikir bagaimana hendak menjahanamkan orang yang dia radang

Begitulah kehidupan orang yang kehilangan maruah, malunya sudah tiada

Dia buat apa sahaja terutama mengampu-ampu orang yang diharapnya

Orang ramai telah menghina serta meluat dengan sikapnya

Namun yang punya diri tidak terasa apa-apa, macam orang yang mati badannya

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi